header image
 

Yang Penting Bukan Cawan

Selepas lama tidak bertemu, sekumpulan sahabat berkumpul semula untuk bertanya khabar masing-masing dan bercerita tentang kisah-kisah lama. Selepas itu kumpulan sahabat tersebut berkunjung pula ke rumah guru kesayangan mereka yang kini sudah pun berusia.

Mereka bercerita kepada guru tua itu tentang kehidupan masing-masing, keluarga, rumah, kerjaya dan segala tekanan hidup yang amat membebankan. Walaupun hidup di kota besar dan berjaya dalam karier, kumpulan sahabat itu mengeluh dengan kehidupan yang sedang dilalui.

Mereka tanpa berselindung menceritakan tentang tertekannya dengan karenah anak-anak, rakan sekerja, jiran yang pentingkan diri sendiri, kesesakan lalu lintas, kerugian syarikat, pengurus yang lembab dan gila kuasa, skandal dan pelbagai lagi. Cerita meraka lebih kurang serupa sahaja.

Guru tua hanya tersenyum. Dia berjalan ke dapur, dan kemudian kembali dengan membawa sejag air serta pelbagai bentuk cawan. Ada juga yang diperbuat daripada kaca, ada juga daripada tembikar dan plastik. Cawan-cawan itu ada yang bertangkai, bulat, berukir, berwarna hijau, kuning dan beraneka bertuk lagi.

Guru tua menyuruh bekas-bekas pelajarnya untuk memilih cawan yang disukai. Apabila semuanya mengambil cawan masing-masing yang telah berisi air, guru tua itu pun berkata, "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal menjadi pilihan kalian, sedangkan yang tidak cantik dan murah ditinggalkan".

"Begitulah hidup ini. Kita hanya memilih yang tercantik menurut pandangan mata, sedangkan itulah yang menjadi punca masalah dan tekanan dalam hidup kita. Apa yang kamu semua perlukan hanyalah air, bukan cawan, tapi secara tidak sedar kamu memilih cawan yang cantik sahaja," kata guru tua.

Si guru menambah, kehidupan ini juga ibarat air sedangkan kerja, wang ringgit serta pangkat umpama cawan yang beraneka bentuk dan warna. Kalau kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak akan ada masa untuk menghargai dan menikmati air itu.

.

.

MASTIKA APRIL 2007

.

.

Bookmark and Share

Anak Kecil Dan Seketul Batu

Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi.

"Apa ni? Siapa awak? dan apa ke jadahnya awak berada di sini? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki? Awak tau tak? Kenapa awak buat ini semua?" jerit ekskutif tersebut. Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf.

"Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya, ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya".

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. "Terima kasih, pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat".

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.

Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

.

.

Bookmark and Share

love for me…

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jgn menyintaiku lbh dr dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah krn di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya krn di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

HAWA dicipta dari tulang rusuk ADAM, bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasnya… untuk dipuja dan diagung-agungkan, bukan juga dari kakinya untuk dijadikan alasnya… untuk dihina dan dizalimi, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat pada lengan untuk dilindungi, dan dekat di hati untuk dicintai.

Bookmark and Share

hadapi dengan senyuman…

Ape bnd tah yg tak kena ngn aku arini, cam org ilang akal je..pg² lagi dh weng… Sebenarnya bnd ni dari smlm lg aku rase…rase down semacam jer…tp tak sangka lak terbawa smpi ke pagi ni.. aku sndiri tatau npe…semua bnda aku buat tak kena…huhh! mgkn ini la yg diperkatakn oleh Ustaz Suhaimi smlm. walaupun ringkas ceramahnya, aku rase byk bnd yang aku dpt. selagi kita tak diuji selagi tu lah kita tak akan belajar…belajar dari masalah. apa yang berlaku hari ni sebenarnya datang dari kesilapan yang telah kita lakukan di masa² lampau. Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya. kembali memuhasabahkan diri…langit tak selalu cerah. inilah kehidupan…mungkin selama ini aku dah lama berada di atas, sampai masanya aku kena berada di bawah pula…selagi kita ingat kepada-Nya, selagi itulah kita tentu akan mampu untuk terus tersenyum walaupun sehebat mana dugaan yang datang.

“Ya Allah, pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu, sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku, kerana Engkau lah yang Maha Mengetahui. peliharalah aku dari kekecewaan, peliharalah aku dari kegelisahan dan kesesatan”

Bookmark and Share

Kehidupan yg sangap diteruskan…

Susah sgt nk bangon pagi2 skg ni…akhir² ini, rase cam best la plak tdo…wpn kdg² ianya takde kaitan lgsg ngn mimpi yg aku alami pd mlm tuh…ni lah salah satu simpton dah malas nak pegi kje…kalu kompeni bapak sendiri takpe la kn? nk pegi ke tak…herm!

Biasenye, aku knci jam 5.30pg…saje je set awal², sbb aku tau busuk² pn aku akan bangon kul 6. tp semenjak 2 menjak ni, aku kunci jam kul 6.30pg…mknanya kul 7 la aku bngon…tu pn aku bangon sbb nk kejar syuruk…kalu tak, jgn harap aku nak bngon…herm!

Bulan nh mcm satu disaster je bg aku…mcm² bncana berlaku..jiwa kacau sgt²..rase down semacam jer…kdg2 rase cam LOSER je..aku sndiri tak tau ape puncanya…hari² rse cam nk marah org…sume bnd tak kena…huuu~..dh le bln ni, kak june (sorg²nye mmber aku kt ofis) dh benti kja…dh dpt better ofer, sape tanak…dh le sblm ni ofis tu ade 2 org je melayu…mknanya, kjap lgi aku la satu²nya staf melayu yg tggl. dan time tu plak bdn tgh demam…lagih la. Dgn badan yang tak berapa sehat ni, otak yg tgh berserabut…haduhh!! time² camni, aku perlukan sokongan dr kwn²…aku cuba gak motivated kn diri…mcm² cara la aku buat, tapi sumenye hampeh. u’ll be what u think…urm! klu dah otak set kje tak sonok…mmg kje xkan jd sonok. sampai jer ofis, mula la rase boring…ngntok la…panas la…bosan + sangap..bla..bla..bla. Nak tanak, hari² aku terpaksa minum nescafe ‘kaw‘…wpn kesan jngka pnjg nye x elok, tp nk buat cne…tu je ubat ngntok yg aku ade.

Environment kje pn dh tak best…klu dlu mmg la tensen ngn kje, tp at least ade la tmpt nak ngadu mslh. Kak june gk la yg aku cari…borak² ke…tny² dia ape yg patut…hehe! tp skg..sume kna walk alone…dh le rase cam org gile je kt ofis…muka pn hura-hara…hahaha! kdg2 aku sndiri pn terkejut bila tgk muka aku kt cermin…hehe! dh bukan mcm rupa aku…cok cek cok cek je amoi kt ofis tuh…bikin sakit telinga jer…nk jer aku jerit, tapi ape kan daya…herm!

bos pn mood tak tentu…kdg² ok, kdg² hangin semacam jer…hurm! ntah le…kdg² tu rse nk bagi notis 24 jam. mase tuh mmg tahap klimak la…dh tak pikir pnjg. tp bile pk² blk…cuak la gak dowh! takut xleh survive plak jap gi…dh ler smpnan ciput jer…tu pn cukup² mkn je. stakat tahan sebulan bley la, tp lepas tuh….hurm! fenin²

Nak mengharapkn pada kompeni lama tuh pnggil…susah gak. harapan 20-80 je skg…mcm² la khbar berita yg tak sedapkn hati…klu nk kira, mmg dh tanak pk langsung, tp bile keadaan dh jadi cmni, tiba2 je rse mgharap sgt2…herm! tah le…

Bookmark and Share

Kisah Sebatang Bambu

Sebatang bambu yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang bambu ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang bambu lainnya. Suatu hari datanglah sang petani yang empunya pohon bambu itu. Dia berkata kepada batang bambu," Wahai bambu, maukah engkau kupakai untuk menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku?"

Batang bambu menjawabnya, "Oh tentu aku mau bila dapat berguna bagi engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu."

Sang petani menjawab, "Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu. Lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku. Akhir sekali aku akan membuang sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila itu semua sudah selesai, engkau akan menjadi paip yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang kutanam dapat tumbuh dengan subur."

Mendengar hal ini, batang bambu lama terdiam….., kemudian dia berkata kepada petani, "Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek-ngorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua proses itu, Tuan?"

Petani menjawab batang bambu itu, " Wahai bambu, engkau pasti kuat melalui semua itu, karena aku memilihmu justru karena engkau yang paling kuat dari semua batang pada rumpun ini. Jadi tenanglah."

Akhirnya batang bambu itu menyerah, "Baiklah, Tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau kehendaki."

Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang bambu indah yang dulu hanya menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan berbuah banyak.

Pernahkah kita berfikir bahwa dengan masalah yang datang silih berganti tak habis-habisnya, mungkin Allah sedang memproses kita untuk menjadi indah di hadapan-Nya?

Sama seperti batang bambu itu, kita sedang ditempa, Allah sedang membuat kita sempurna untuk di pakai menjadi penyalur berkat. Dia sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tak berkenan bagi-Nya.

Tapi jangan kuatir, kita pasti kuat karena Allah tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul. Jadi maukah kita berserah pada kehendak Allah, membiarkan Dia bebas berkarya di dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna bagi-Nya? Seperti batang bambu itu, mari kita berkata, " Ini aku wahai Allah, perbuatlah sesuai dengan yang Kau kehendaki."

Bookmark and Share

kebosanan melanda

huhh! cmne la aku x perasan iklan yang terang tang tang tuh..punya la besar dia letak…lagi x bley nampak! aduii!! dah ler tarikh temuduga terbuka tuh dah lama lepas…hurm! tadak rezki lg kali ni…jawatan yg dia offer tuh x de la lumayan mane pon..stakat nak bg lepas duit top up aku bulan², nk bagi makan ‘baby’ aku dalam perut ni membesar dan membayar sewa umah aku bley la… tapi ape yang dia offer tuh memang kena la ngn kelayakan dan minat aku… badan badan…dh nasib ko badan…ni la susah kalu dh lama sgt jadi anak dara…berkurung je dalam umah…skali skala tuh, cuba² la jenguk² skit dunia kat luar sane tuh…biar berkembang sket otak ni…

.

huhh! mgu ni je aku baru start beli The Star…nak harapkn Jobstreet, haram x penah bukak…member² dok suh daftar SPA…aku buat derk jer…hahaha!! nape la aku ni malas sangat nak keje gomen nih? masa depan terjamin kata org…bley beli umah, bley beli kete…silap²haribulan, bley kawen…haha! nak ngorat anak dara org pon senang…bkn stakat anak org, bakal² ibu mertua pon suke klu tau bakal menantu dia keje gomen…hurm! biarlah muka penyapu pon…janji lepas bg anak dara orang makan…haha! padahal mak bapak aku pon keja gomen…ngn duit keje gomen ni la dorg hntr aku skolah…ngn duit gomen ni la aku dapat masuk universiti…ngn duit ni gak la aku jadi orang…(ade nampak aku mcm zirafah ke?) hahaks…

.

hurm!! nampaknye, terpaksa la pegi tnya ofis dia sndiri…lgpn kompeni ini bukan org lain pon…tempat aku buat Latihan Industri dulu…dah knal sangat ngn staff² kat situ…aku dh tadak pilihan lain lagi daa… buat masa ni, keja x leh memilih sgt…balun je mane yg sempat…dah naik lemak dah dok lepak umah lama²…segan gak le ngn makbapak aku…walaupun dorg mmg tak kesah mane pon ‘anak dara‘ dia ni dok umah…

.

Aku btul² dah nekad…minggu nih nk try cari keje kt kelantan dlu…kalu dah mmg x de, baru aku cari kt kl…smntara tuh ade la gak aku hantar² resume…dapat x dapat, tatau lg…nak mengharapkn kompeni lama aku panggil, tak tentu lagi bile…kitorang cuma direhatkn katanya…nnt akan dipanggil balik…tp sampai bile nk kena tunggu dan mengharap…kehidupan mesti diteruskan…bersedia menghadapi sebarang kemungkinan…mane le tau jmpa keja yg lagi menarik… lagi lumayan… silap² bley jumpa aweks baru..lol

.

Lagi pon aku plan mgu depan nak pegi kl pon… melawat kawan2…nk tengokkan ‘awek aku…dah lama sangat aku tinggalkn dia… wutever pn…kena tgk dulu camne. Hari ni, ofis tempat aku praktikal dlu panggil intbiu…dorg offer jawatan site supervisor…hmmm! Aku x kesah sangat ngn jawatan ni, sbb mase aku praktikal dlu pn, mmg dh jadi macam site supervisor pon…cuma xde gaji je…padahal keja sampai nk lebam…sbb tuh la aku dh nekad tanak join construction… serik!! pengalaman mase aku praktikal tuh pn kira dh cukup la…huhh! tp klu dorg rase dorg masih perlukan khidmat aku buat sementara nih, ape salahnye kalu aku terima…hmmm…

.

.    

"wa ma karu wa ma karullah, wallahu khairun ma kirin"

.

.    

Bookmark and Share

sangap… sangap!!

Dua minggu aku dok menyangap kat umah…proses hibernasi aku diteruskan…hidop bagaikan raja…celik je mata, makanan & minuman dah terhidang… :-D sembang je kencang nk cari keja…edit resume bagai nak rak, tapi last², camni gak ler…on komputer, online sampai lebam…nak restkan kepala kat kampung & tenangkan fikiran la kunun..cheh! memang rest la sangat…berkurung dalam bilik mcm anak dara… LOL herm! time² camni la…banyak idea² datang…kene lak otak tengah dok layan perkara² syahdu ni (arrgghh!! STOP iT!)…banyak sangat ujian Tuhan datang…kena la plak time² otak tengah berserabut…proses ‘scanning virus & format memory‘ tak setle² lagik…cuba melupakan perkara² yang banyak menghantui & mengganggu aku selama ini…lepas satu, satu datang…haha! DAMN iT! Bak kata orang, semua yang berlaku ade hikmahnye…semua ni adalah proses pembelajaran (learning process)…masalah² yang dihadapi akan lebih mematangkan kite…nasib baik ade la kawan yang sangat memahami…satu² org yang menjadi tempat aku mengadu segala masalah aku…berkongsi suka dan duka…"jimi…mung banyok sangat tolong aku…mung lah kawan terbaik hok pernah aku ado. The joy we have, the pain we share…" hehe! thnx bro…

.

.

"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.
Kita tidak dapat meneruskan hidup  dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.."

.

.

.

.

Bookmark and Share

Run

I’ll sing it one last time for you
Then we really have to go
You’ve been the only thing that’s right
In all I’ve done

And I can barely look at you
But every single time I do
I know we’ll make it anywhere
Anyway from here

Light up, light up
As if you have a choice
Even if you cannot hear my voice
I’ll be right beside you dear

Louder louder
And we’ll run for our lives
I can hardly speak I understand
Why you can’t raise your voice to say

To think I might not see those eyes
Makes it so hard not to cry
And as we say our long goodbye
I nearly do

Light up…

Slower slower
We don’t have time for that
I just want to find an easier way
To get out of our little heads

Have heart my dear
We’re bound to be afraid
Even if it’s just for a few days
Making up for all this mess

Snow Patrol

Bookmark and Share

w i r e d

to tell u the truth
i don’t want this thing happen while u were away
i don’t want to involve in this anymore
coz i wanna be sober again
i don’t want this spiral playing against my brain
coz i wanna be so natural
i don’t want this animated cartoon flow in my tube   
coz i wanna be so happy, happy and happy again…

i’ve done a million mistake in my life
but there’s no way of turning back
i hope i will be happy for the rest of my entire life
along with the bit fake, happy smile
i wanna smile, love to smile, have to smile again…

it happen.. it happen to me
i could happen.. it could happen to you
it could happen to anyone… 

i better stop telling you about what is going on
coz you will never underdstand
so what i got to do is just stop….
dreaming.. thinking.. hoping….

Bookmark and Share